Cara Elak Perut Buncit


Perut buncit merupakan keadaan yang kita tidak suka . Ada kalanya anda sudah berusaha melakukan pelbagai cara untuk kempiskan perut buncit tetapi perut masih lagi tak berubah . Justeru itu anda terpaksa mengalah dan menerima sahaja . Bila perut dah buncit memang agak susah nak hilangkan perut buncit kecuali anda rajin melakukan senaman di gim , minum jamu dan juga supplement yang ada di pasaran yang sudah dipastikan keberkesanannya .



Cara Elak Perut Buncit


Cara Elak Perut Buncit


Sebelum perut anda buncit , ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan perut anda jadi buncit . Bukankah itu lebih baik ? Berikut adalah cara yang anda boleh gunakan untuk elak perut buncit .


1- Minum Sejam Sebelum Dan Selepas Makan



Sunnah Rasulullah adalah yang terbaik . Jika anda mengikut cara Rasulullah minum iaitu sejam sebelum makan atau pun minum  sejam selepas makan , anda akan dapati perut anda tidak buncit .

2- Jangan Minum Semasa Makan


Ramai antara anda yang suka makan sambil minum kan . Minum sambil makan nilah yang menyebabkan perut korang cepat buncit dan susah nak kempis semula walaupun anda berpuasa . Jadi , elakkan minum semasa makan . 


3- Makan Roti Sahaja




Bila korang nak pergi mana - mana majlis , mesti korang segan kan dengan perut yang buncit . Apa yang saya biasa buat ialah dua hari sebelum menghadiri majlis tu ,  saya cuma makan 2 keping roti / beberapa keping biskut jer setiap kali makan . Hasilnya memang perut den kempis . Jangan taku , anda takkan pengsan kerana makan roti dua keping saja . Kan anda dah biasa berpuasa .

4- Makan Malam Lebih Awal


Pastikan korang ambil makan malam sebelum pukul 7 malam . Paling lewat pun pada pukul 8 malam . Kalau makan lewat malam , pastikan hanya meratah lauk pauk saja tanpa nasi . Bila saya praktikkan cara ni , bangun pagi perut saya nampak kempis .

5- Makan Buah- buahan



Makan lebih banyak buah pada hidangan utama . Buah adalah makanan mudah hadam dan mudah kenyang . Bila dah banyak makan buah , confirm anda akan makan nasi sikit je sebab perut anda sudah hampir penuh . 


6- Banyakkan Penggunan limau


Nak makan sup tulang tapi takut banyak lemak . So , sebelum hirup sup tuh , perahkan limau dalam sup dah gaul sebati . Walaupun masam , tapi rasanya tetap sedap . Minum air teh limau / air limau tanpa gula setiap kali lepas makan tujuan untuk singkirkan lemak dalam perut .

7- Amalkan Minum Air Suam 


Seeloknya elakkan minum air berais . Air sejuk dalam ais box tak mengapa . Banyakkan minum air suam dan air kosong itu lebih elok . Kurangkan minum air manis terutamanya yang bergas .


Mencegah Lebih Baik Dari Merawat


Bak kata pepatah , mencegah lebih baik dari merawat , maka elakkanlah perkara - perkara yang boleh menyumbang kepada terhasilnya perut buncit seperti di atas . 



Artikel Terkait

Previous
Next Post »

🌻Anda memang cun sekali . Terima kasih sudi melayari blog saya. Semoga anda mendapat manfaat darinya. 😊🌻 EmoticonEmoticon